BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 23, 2009

SYABAB...



PEMUDA DAN REMAJA ISLAM

Pemuda @ remaja adalah tunjang bg sesebuah institusi kemasyarakatan... jika kita nak lihat bagaimanakah corak pemerintahan akan datang, kita boleh lihat bagaimana pemuda2nya sekarang, kalau elok, elok lah jadinya InsyaALLAH, kalau tak buruklah jadinye....Na'uzubillah...

Untuk post kali nie, sy tergerak nak cerita pasal pemuda a.k.a syabab muslim, dalam proses mengingatkan diri sy yg juga seorang 'teen'ager muslim khususnya,dan sahabat2 seagama sy sy yg lebih kurang sebaya sy am nye...

kerap jgk sy membayangkan, masa kita dah tua nanti, andai kata masa muda kita tak kita gunakan dgn sebaiknye, utk menyumbang kearah pembangunan ummah, mesti kita menyesal x sudah, ye la xde aper yg special yang boleh kita ceritakan pada cucu2 kita yg bleh diambil sbg pengajaran...Bukan nak berbangga, cumenya, sbg satu dorongan and suri tauladan bg generasi pewaris kite...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati.dan masa kosong kamu sebelum sibuk.”



Petikan dibawah diambil dari buku Generasi Pemuda dan Perubahan
Karya F.Y


Kenapa Pemuda Islam?


Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang
menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi
sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya
generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu
berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu
hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu
kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan
memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat
manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi
pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim,
Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.



Skarang nie, kalu kita nak citer pasal gejala sosial, semestinya kita sbg remaja dan pemuda lah paling sinonim...Zina, clubbing, rempit, penagihan dadah,couple and macam2 lagi... sumernye dah mula meresap dalam kalangan remaja and pemuda yg berstatus islam ... pemuda islam semakin mudah tertipu dgn hedonisma yg menggila nie...sekali kita terjebak dalam dakyah jahiliyyah nie, susah kita nak keluar....Apatah lg jika kita sbg seorang pelajar, xkesah la dalam bidang ape pon, kalau hati kita dah dibaluti dosa,dan kita pulak xde usaha utk mensucikan diri dari dosa2 tu, ktahuilah kite, sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya xkan datang pada org2 yg fasik (org yg suka buat dosa)..

Tetapi,Tidak mustahil utk kita berubah...sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia...JGN kita ragu2 walau sebesar zarah pun tntang sifat MAHA PENGAMPUN ALLAH...yg penting mestilah ada keazaman utk kita tinggalkan perkara2 negatif tu...Dampingi sahabat2 yg dapat ingatkan kita tentang tujuan kita dihidupkan...(ingatan buat yg menulis), menghambakan diri kita kpd ALLAH...Igt, bila bergelumang dgn dosa, zahir kita mungkin rasa seronok, tp roh kita cukup terseksa...sebabnye,kta dah menyalahi fitrah kejadian kita sebagai seorang khalifah di bumi yg sementara nie...
Hidayah ALLAH itu xdtg selalu, kalu ia dah menyingkap jendela hati kita, cepat ajak masuk...takut ALLAh cume bg peluang kat kite skali je...Kalu kta x cepat2 raikan ia, khutair kita akan sesat selama2nye... Sama2 kita bdoa agar ALLAH beri peluang utk kita sama2 merasai nikmat hidayah-NYA. InsyaALLAH...^_^ Tringat sy kat serangkap lirik Nasyid (dari kumpulan mane sy xigt) yg mungkin dapat sama2 kita hayati...

Hidayah ALLAH adakah terasa?,
Kalau masih belum,carilah segera,
Ia ada di mana-mana,
Cuma kita yang sengaja menolaknya.


Akhir kalam, semua yang benar itu datang dari ALLAH, dan yg salah itu datang dari kelemahan diri penulis ini sendiri. Walau bagaimanapun, hakikatnya, dua2nya dari ALLAH RABB AL-JALIL... Sy memohon jutaan kemaafan andai kata ada dalam penulisan sy ini ada menyinggung perasaan mane2 pihak...Salam perjuangan....Barakallahu fikum...^_^

0 comments: