BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 24, 2009

Istirahah...


Salam alaikum. InsyaALLAH dalam masa beberapa bulan terdekat ini blog ini akan tawakkuf (Berhenti Sementara) kerana blogger sdg mempersiapkan diri utk menghadapi Imtihan Sanah Ta'hili.


Ud'uuni taufeeq wannajah fil imtihan...


Jazakallah^_^

Thursday, March 19, 2009

Teguran Buat Diri




2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!


(Surah Soff : 2)



Ingatan Ini Buat diri ana khususnya dan sahabat2 sekalian umumnya. Seperti yang ternukil, ALLAH ada berfirman dalam Al-Quran mengingatkan kita agar melakukan apa yang kita katakan. Harapnya kita bukan sekadar meluahkan buah fikiran kita melalui penulisan, tapi juga mengamalkannya.



-Pesanan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna-
“Medan bercakap tidak sama dengan medan berangan-angan. Medan bekerja tidak sama dengan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan bekerja. Dan medan berjihad yang sebenarnya tidak sama dengan jihad yang salah.”




Wassalam^_^

Thursday, March 5, 2009

Selamat Hari lahir Ibu...




Tertanam,
Naluri keibuan,
Amat mendalam,
Di jiwa insan,
Yang mandambakan kebahagiaan…

Oh Ibu,
Di bahumu tergalas beban,
Perjalananmu penuh rintangan,
Ku pastikan dikau aman,
Dikurnia sejahtera,
Tak ku lupakan.

Di saat kita berjauhan,
Rasa ingin ku berlari,
Mendakapimu penuh girang,
Bak si kecil kehilangan,
Kau insan pengasih,
Betapaku merindu,
Lembutnya belaian ibu,
Membuatku terlena.

Tiada aku tanpa ibu,
Hanya kau satu di dunia,
Bertakhta dikau di jiwaku,
Kaulah ibu yang tercinta,
Kau insan penyayang,
Betapaku mengharap,
Hadirnya restumu ibu,
Membawaku ke Syurga.

Bersemi,
Belaian kasih sayang,
Yang berpanjangan,
Di jiwa insan,
Yang mendoakan kebahagiaan,
Anak-anak mu,
Oh Ibu…

Selamat Hari lahir , IBU…
Semoga sentiasa dalam naungan Rahmat-NYA…