BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Sharing My Little knowladge. Show all posts
Showing posts with label Sharing My Little knowladge. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

Renungan Bersama

Assalamualaikum w.b.t

Sujud serta syukur kita rafakkan pada ALLAH Subhanahu Wata'ala, Atas limpah nikmat serta maghfirah-Nya. Dapat lagi menikmati nikmat IMAN serta ISLAM yg suci ini

Selawat serta salam kita tujukan khas buat Junjungan Mulia, Rasulullah s.a.w.

ALLAH Berfirman dalam Surah AL-Baqarah : 120


Allah telah pun mengingat kan kpd kita sbg muslim tntang bagaimana mauqif (pendirian) org2 yahudi dan nasrani mengenai org2 islam bahawa mereka tidak sesekali akan meredhai kita selagi mana kita tidak ikut jalan mereka.

Beberapa hari yg lepas, sy ada membaca akhbar dalam bahagian dunia yg menggerakkan ana utk menulis post ini.Tatkala smpai di satu perenggan, tergaman sy baca pernggan tersebut."YA ALLAH, berlagaknye la org ni" . Lebih kurang macam tu la sy kata.

ini petikan akhbar yg ana baca bawah tajuk ARAK dan PELACURAN BERLELUASA DI IRAQ Keluaran 3/5/2009-Berita Harian

Inilah natijah yg sebenarnya cuba di ketengahkan oleh org2 yahudi dan nasrani dalam usaha mereka utk menghancurkan islam. JIka dulu semasa zaman pemerintahan SADDAM, semua gejala ini telah di padamkan dari iraq. Namun, setelah berlakunya peperangan yg di ketuai oleh Amerika dan sekutunya ini. Segalanya berubah. Dah ini lah sebenarnya tujuan sebenar kemaraan tentera kuffar di iraq. Dan ketika ini, org2 yahudi dan nasrani akan ketawa melihat sebahagian dari umat islam bangga membuat dosa. Nau'zubillah...

tidak mustahil selepas nie tragedi di Bosnia berulang lg. Tatkala org2 islam leka serta bergelumang dengan dosa, org2 yahudi serta nasrani akan trus bergerak memburu cita2 mereka utk menghapuskan terus umat islam dari muka bumi ini. Semoga ALLAH sentiasa lindungi iman kita dari turut terjerumus dalam kancah kehinaan ini. Semoga kita dapat sama2 menginsafi serta berusaha memperbaiki diri kita.

Wallahu'alam

Thursday, March 19, 2009

Teguran Buat Diri




2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!


(Surah Soff : 2)



Ingatan Ini Buat diri ana khususnya dan sahabat2 sekalian umumnya. Seperti yang ternukil, ALLAH ada berfirman dalam Al-Quran mengingatkan kita agar melakukan apa yang kita katakan. Harapnya kita bukan sekadar meluahkan buah fikiran kita melalui penulisan, tapi juga mengamalkannya.



-Pesanan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna-
“Medan bercakap tidak sama dengan medan berangan-angan. Medan bekerja tidak sama dengan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan bekerja. Dan medan berjihad yang sebenarnya tidak sama dengan jihad yang salah.”




Wassalam^_^

Sunday, January 25, 2009

Pelihara dan berbaiki hati kita...dan Ajaklah org lain melakukan kebaikan...

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.”

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


Peranan hati teramat penting dalam mencorak keperibadian kita sebagai seorang muslim dan muslimah sejati. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Hati yg bersih dapat memastikan tindakan muslim/muslimah itu tidak bertentangan dgn kehendak ALLAH. Niat yg suci iaitu melakukan segala aktiviti dgn tujuan mendapat keredhaan Allah, bermula dengan hati yang bersih. Akhlak dan keperibadian seseorang muslim yg selari dgn tuntutan syarak juga biasan kepada hati yg bersih.

Mgkin ada di antara yg pernah mendengar lirik nasyid dari kumpulan Hijjaz dalam salah satu lagunya:-

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau HATI itu BERSIH.

Macamana nak pelihara hati?

Yang pastinya, kita perlulah sentiasa memenuhi tanggungjawab fardhu kita, Memelihara syahadah kita (Jauhi Syirik!),Solat fardhu kita, Puasa kita, Zakat kita, Ibadah haji kita (bagi yang berkemampuan).

Seterusnya, perbanyakkanlah amalan sunat, kerana Allah amat menyintai orang yg sentiasa memperbanyakkan amalan sunatnya.Dan apabila Allah menyintai seseorang hamba-Nya itu, segala tindakannay akan sentiasa selari dgn kehendak Allah. Rasulullah pernah bersabda:-

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dansekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.)

Jauhi perkara perkara-perkara yang haram, kerana hati yg gelap tidak akn disinggahi cahaya hidayah. Jangan kita lupa, setiap perkara/tindakan yg membawa kpd yg haram, adalah haram hukumnya.
Jauhi juga perkara2 yg shubhah, kerana, perkara yng shubhah juga boleh membawa kepada haram berdasarkan hadith yg menjadi mukaddimah post kali ini.

Macamana kita nak tentukan sama ada itu dosa @ pahala?

Berdasarkan Hadith Rasulullah saw:-

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim.)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Mafhum hadith ini : Kebajikan adalah perkara2 yg mententeram kan hati kita, manakala dosa adalah perkara yg kita tidak merasa tenteram dengannya dan tidak mahu diketahui org lain tentangnya.

Bertaubat Jika telah Melakukan dosa

Andai kata kita pernah melakukan dosa, segeralah bertaubat kepada-Nya, takut2 takkan langsung diberikan kesempatan pada masa2 akan datang…

Keampunan ALLAh itu Maha Luas, Janganlah ada sekelumit pun rasa ragu dalam diri kita.Rasululah bersabda:-

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.)

Sekian saja tulisan ana pada post kali ini, Segala nasihat ini tdk lain tdk bukan di khususkan utk diri ana sendiri, yg banyak buat kesilapan, dan amnya kepada shbt2 pembaca sekalian. Yg HAK itu datang dari ALLAH, Janganlah kita menjadi dalam kalangan org yg ragu-ragu…

~wassalam~
^_^

Friday, January 23, 2009

SYABAB...



PEMUDA DAN REMAJA ISLAM

Pemuda @ remaja adalah tunjang bg sesebuah institusi kemasyarakatan... jika kita nak lihat bagaimanakah corak pemerintahan akan datang, kita boleh lihat bagaimana pemuda2nya sekarang, kalau elok, elok lah jadinya InsyaALLAH, kalau tak buruklah jadinye....Na'uzubillah...

Untuk post kali nie, sy tergerak nak cerita pasal pemuda a.k.a syabab muslim, dalam proses mengingatkan diri sy yg juga seorang 'teen'ager muslim khususnya,dan sahabat2 seagama sy sy yg lebih kurang sebaya sy am nye...

kerap jgk sy membayangkan, masa kita dah tua nanti, andai kata masa muda kita tak kita gunakan dgn sebaiknye, utk menyumbang kearah pembangunan ummah, mesti kita menyesal x sudah, ye la xde aper yg special yang boleh kita ceritakan pada cucu2 kita yg bleh diambil sbg pengajaran...Bukan nak berbangga, cumenya, sbg satu dorongan and suri tauladan bg generasi pewaris kite...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati.dan masa kosong kamu sebelum sibuk.”



Petikan dibawah diambil dari buku Generasi Pemuda dan Perubahan
Karya F.Y


Kenapa Pemuda Islam?


Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang
menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi
sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya
generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu
berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu
hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu
kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan
memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat
manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi
pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim,
Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.



Skarang nie, kalu kita nak citer pasal gejala sosial, semestinya kita sbg remaja dan pemuda lah paling sinonim...Zina, clubbing, rempit, penagihan dadah,couple and macam2 lagi... sumernye dah mula meresap dalam kalangan remaja and pemuda yg berstatus islam ... pemuda islam semakin mudah tertipu dgn hedonisma yg menggila nie...sekali kita terjebak dalam dakyah jahiliyyah nie, susah kita nak keluar....Apatah lg jika kita sbg seorang pelajar, xkesah la dalam bidang ape pon, kalau hati kita dah dibaluti dosa,dan kita pulak xde usaha utk mensucikan diri dari dosa2 tu, ktahuilah kite, sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya xkan datang pada org2 yg fasik (org yg suka buat dosa)..

Tetapi,Tidak mustahil utk kita berubah...sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia...JGN kita ragu2 walau sebesar zarah pun tntang sifat MAHA PENGAMPUN ALLAH...yg penting mestilah ada keazaman utk kita tinggalkan perkara2 negatif tu...Dampingi sahabat2 yg dapat ingatkan kita tentang tujuan kita dihidupkan...(ingatan buat yg menulis), menghambakan diri kita kpd ALLAH...Igt, bila bergelumang dgn dosa, zahir kita mungkin rasa seronok, tp roh kita cukup terseksa...sebabnye,kta dah menyalahi fitrah kejadian kita sebagai seorang khalifah di bumi yg sementara nie...
Hidayah ALLAH itu xdtg selalu, kalu ia dah menyingkap jendela hati kita, cepat ajak masuk...takut ALLAh cume bg peluang kat kite skali je...Kalu kta x cepat2 raikan ia, khutair kita akan sesat selama2nye... Sama2 kita bdoa agar ALLAH beri peluang utk kita sama2 merasai nikmat hidayah-NYA. InsyaALLAH...^_^ Tringat sy kat serangkap lirik Nasyid (dari kumpulan mane sy xigt) yg mungkin dapat sama2 kita hayati...

Hidayah ALLAH adakah terasa?,
Kalau masih belum,carilah segera,
Ia ada di mana-mana,
Cuma kita yang sengaja menolaknya.


Akhir kalam, semua yang benar itu datang dari ALLAH, dan yg salah itu datang dari kelemahan diri penulis ini sendiri. Walau bagaimanapun, hakikatnya, dua2nya dari ALLAH RABB AL-JALIL... Sy memohon jutaan kemaafan andai kata ada dalam penulisan sy ini ada menyinggung perasaan mane2 pihak...Salam perjuangan....Barakallahu fikum...^_^

Sunday, September 28, 2008

Mentaaruf Diri , Mengenal Pencipta...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal"
( Ali'imran : 190 )