BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Sharing My Feelings. Show all posts
Showing posts with label Sharing My Feelings. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Rindu~

Assalamualaikum wbt.

Sujud serta syukur hanya se-nya kepada ALLAH , Rabb pentadbir sekalian alam. Selawat serta salam dikalungkan buat junjungan agung, Rasulullah saw.



-hijjaz-

Rindu~ Rindu aku pada bimbingan-MU Ya ALLAH, Rindu aku pada cintamu Rasulullah, Rindu aku pada kasih sayang keluarga, Rindu aku pada teman-teman, Rindu aku pada tanah airku.

Ya ALLAH, Salurkan rindu dan cinta aku dalam acuan yang ENGKAU redhai~

-Tribute to , Mujahid Muda, Akhi AMMAR ZULKIFLI. Pemergianmu tazkirah bagiku. Jasamu dikenang selalu. Semoga dipertemukan di Syurga abadi. Ameen-

Thursday, June 11, 2009

Kau Sahabatku , kau teman sejati



Semoga roh akhi AMMAR ZULKIFLI sentiasa dalam naungan rahmat ALLAH, serta tergolong dalam golongan orang-orng yang soleh....Ameen~

Tuesday, June 2, 2009

terhantuk~


ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI,
AL-QUR'AN PEDOMAN HIDUP KAMI,
RASULULLAH TELADAN KAMI,
JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI,
MATI DIJALAN ALLAH ADALAH CITA-CITA KAMI TERTINGGI

Assalamualaikum wbt.
Pertama dan selama-lamanya kita rafakkan syukur,sujud dan sembah hanya semata-mata ke hadrat ALLAH swt. Selawat serta salam kepada junjungan mulia, penghulu para nabi, Rasuullah saw~

Terkenang ana pada satu program remaja yg pernah ana sertai, x igt kat mane, cume yg teringat adalah penganjur n serangkap lagu tema program tersebut. Ada version bahasa arab, tp ana x tulis. Terdetik nak tulis post nie setelah 3 post ana biarkan sebagai draft . Xtau nape xnak post, mungkin blum bersedia kut.:)

Lama mencari idea, lepas subuh suatu pagi ana bukak blog sendiri, tgk visitors list, tertengok satu link, blog senior... ana pon tekan la link blog dia. Sbenarnye slalu jgk tgk blog dia , tp jarang baca semua. biasanye baca latest post jer. Tp kali nie ana belek blog dia sampai yg lepas2. Menarik~mmg menarik. Bg ana la. Simple and byk isi. Baca punye baca (xkhusyuk sgt pon, smbil baca paper BH bahagian sukan), terjumpala satu entry nie. Tergerak nak bacer sampai habis. Ada jgk tercatat skit sebanyak ape yg classmates ana yg ada blaja satu universiti ngan senior ana tu di Jordan. Habis baca, mula terfikir. Cuti lps exam dah seminggu berlalu. Aktiviti paling besar (ye ker besar?), pg jalan2 ke Citadel, kata ustaz2 kat sini, Citadel nie Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi (Kubu).

BANYAKKAN TADABBUR AL-QUR'AN


Dalam masa seminggu ni, ana kira2 semula, rasenye 1 hari 1 surah je ana mengulang hafalan Qur'an ana. Org laen smakin kencang menghafal, ana pulak mikin 'slow'. mentang2 la dah habis exam. Kalau masa exam dl bukan main ber'dezup' lg...1 hari 2-3 surah ulang. Ya ALLAH, truknye lah diri nie. Rase bila ulang semula bait nasyid "AL-QUR'AN PEDOMAN HIDUP KAMI", macam menipu diri sendiri pulak.

ALLAH berfirman dalam Al-Qur'an;maksudnya:

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

(Surah Soff:2)

Macamanelah kita nak jadikan Qur'an sbg Dustur (Pedoman) kalau mengulang pon cume 1 surah sehari. Ya ALLAH, permudahkan lah hati hamba-MU utk mentadabbur Qalam-Mu Ya ALLAH.
So, starting from today, perbanyakkan membaca dan mentadabbur AL-Qur'an. Semoga ALLAH akan bimbing kita dan sentiasa menggerakkan hati dan anggota kita utk beribadah kepadanye.

Igatan tulus ikhlas ini ditujukan khas buat empunye diri khususnya, dan shbt2 amnya. Semoga ALLAH sentiasa payungi kita dengan payungan kerahmatan. InsyaALLAH~

Tuesday, March 24, 2009

Istirahah...


Salam alaikum. InsyaALLAH dalam masa beberapa bulan terdekat ini blog ini akan tawakkuf (Berhenti Sementara) kerana blogger sdg mempersiapkan diri utk menghadapi Imtihan Sanah Ta'hili.


Ud'uuni taufeeq wannajah fil imtihan...


Jazakallah^_^

Thursday, March 5, 2009

Selamat Hari lahir Ibu...




Tertanam,
Naluri keibuan,
Amat mendalam,
Di jiwa insan,
Yang mandambakan kebahagiaan…

Oh Ibu,
Di bahumu tergalas beban,
Perjalananmu penuh rintangan,
Ku pastikan dikau aman,
Dikurnia sejahtera,
Tak ku lupakan.

Di saat kita berjauhan,
Rasa ingin ku berlari,
Mendakapimu penuh girang,
Bak si kecil kehilangan,
Kau insan pengasih,
Betapaku merindu,
Lembutnya belaian ibu,
Membuatku terlena.

Tiada aku tanpa ibu,
Hanya kau satu di dunia,
Bertakhta dikau di jiwaku,
Kaulah ibu yang tercinta,
Kau insan penyayang,
Betapaku mengharap,
Hadirnya restumu ibu,
Membawaku ke Syurga.

Bersemi,
Belaian kasih sayang,
Yang berpanjangan,
Di jiwa insan,
Yang mendoakan kebahagiaan,
Anak-anak mu,
Oh Ibu…

Selamat Hari lahir , IBU…
Semoga sentiasa dalam naungan Rahmat-NYA…

Saturday, February 28, 2009

Rabi'ul Awal- Menyusuri Sirah Rasulullah


Rabi'ul Awal menjelang lagi. Ingin sekali ana jemput shbt2 sekalian utk kita sama2 manyusuri sirah junjungan kita, dalam rangka untuk menyuburkan lagi rasa cinta kita pada baginda Rasulullah. Kalau kita sedari ada sesetengah pihak kuffar yg sengaja menggunakan kesempatan bulan ini untuk memburukkan nama Baginda. Oleh yang demikian , menjadi tanggungjawab kita utk menepis dakyah2 ini denagn memperkemaskan lagi kefahaman dan penghayatan kita tentang sirah perjuangan Baginda dalam menyebarkan ajaran islam yg syumul ini. Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan dari ALLAH.


Nasihat ini ana tujukan khusus buat diri ana, dan umumnya kepada sahabat2 sekalian.


Jazakallah^_^

Wednesday, February 25, 2009

Khilafah


Salam alaikum. Post ana kali ini tidaklah begitu panjang. Tapi ianya suatu perkara yang teramat penting. Alhamdulillah, Sujud dan syukur ana rafakkan kehadrat ALLAH s.b.t, kerana dengan izin-NYA, kesedaran mengenai kepentingan khilafah islam semakin membara dijiwa umat muslimin seantero dunia amnya, dan di Malaysia khususnya. Berbagai-bagai method digunakan oleh jemaah2 islam yg wujud. Dan semuanya Alhamdulillah berlandaskan al-Quran dan As-sunnah, serta berkongsi matlamat yang sama yakni menegakkan daulah islamiah di muka bumi ALLAH ini. Semoga kita semua dipertemukan di satu titik persamaan dalam perjuangan yang suci ini. Kepada kawan2 yang berhajat pada islam, dan berhajat pada tertegaknya daulah islamiah, Join lah mana2 jemaah yang berlandaskan syarak serta menitik beratkan soal tarbiyyah dan dakwah. Andai kata kita pergerak secara berjemaah, insyaALLAH segala usaha kita akan menjadi lebih sistematik.


"Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, tetapi dengan tarbiyyahlah bermula segala-galanya"

~Sheikh Mustafa Masyhur~

Jazakallah.
Wassalam.^_^

Thursday, January 29, 2009

Timer kasih cikgu...

Guruku,
Kau penyuluh hidupku,
Menerangi alam ini,
Kau ku anggapkan sebagai ibu bapaku.

Wahai guruku,
Kau ibarat sebatang lilin,
Menerangi alam kegelapan,
Kau sanggup membakar dirimu wahai guruku,
Kau insan yang mulia,
Mendidik dan membimbing daku,
Kaulah insan yg ku sanjungi.

Guruku,
Segala baktimu,
Akan ku balas dengan kejayaanku,
Kan ku buktikan kepadamu,
Wahai guruku.

InsyaALLAH.


tergerak hati nie nak mengucapkan ribuan, jutaan terima kasih kepada pendidik2 yg pernah mendidik diri sy yg lemah ini....
khususnye kpd ayah n ibu sy yg tak pernah putus asa mendidik sy sehigga saat nie....
Cikgu2 kat tadika ubudiyyah klang, tadika abim al-firdaus klang, sek. ren. ibn khaldun,
sek. keb.seri maimon,SMK jalan kolam air (dah tukar nama rasenye),
SBP integrasi mersing a.k.a SMS Sultan iskandar and lacturer2 Matrix uia pj...
Semoga kalian dirahmati ALLAH selalu...

Lagu nie specially 4 Cikgu Maon, ust joha, Cikgu safiah, Cikgu ahmadi, ust idham, ustzh rashidah, n cikug2 yg pernah mengajar sy di sbpim (huhu... xmampu nak tulis sumer^_^)

and Cikgu Rahaton(SAINS), cikgu halimah(Math).... n cikgu2 len di SMK jln KOLam Air....

P/S:Kalau sesape perasan, sbenarnye lirik nie pnah ditulis di pemplet maJlis sambutan Hari GUru kt SBPIM bg tahun 2005... xpon 2006... Sebabnye... sy la yg buat pemplet tuh...huhuhu...

Kpd kwan2...syangilah ibu bapa dan cikgu anda setiap hari....^_^