Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.”
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Peranan hati teramat penting dalam mencorak keperibadian kita sebagai seorang muslim dan muslimah sejati. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.
Hati yg bersih dapat memastikan tindakan muslim/muslimah itu tidak bertentangan dgn kehendak ALLAH. Niat yg suci iaitu melakukan segala aktiviti dgn tujuan mendapat keredhaan Allah, bermula dengan hati yang bersih. Akhlak dan keperibadian seseorang muslim yg selari dgn tuntutan syarak juga biasan kepada hati yg bersih.
Mgkin ada di antara yg pernah mendengar lirik nasyid dari kumpulan Hijjaz dalam salah satu lagunya:-
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau HATI itu BERSIH.
Macamana nak pelihara hati?
Yang pastinya, kita perlulah sentiasa memenuhi tanggungjawab fardhu kita, Memelihara syahadah kita (Jauhi Syirik!),Solat fardhu kita, Puasa kita, Zakat kita, Ibadah haji kita (bagi yang berkemampuan).
Seterusnya, perbanyakkanlah amalan sunat, kerana Allah amat menyintai orang yg sentiasa memperbanyakkan amalan sunatnya.Dan apabila Allah menyintai seseorang hamba-Nya itu, segala tindakannay akan sentiasa selari dgn kehendak Allah. Rasulullah pernah bersabda:-
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dansekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.)
Jauhi perkara perkara-perkara yang haram, kerana hati yg gelap tidak akn disinggahi cahaya hidayah. Jangan kita lupa, setiap perkara/tindakan yg membawa kpd yg haram, adalah haram hukumnya.
Jauhi juga perkara2 yg shubhah, kerana, perkara yng shubhah juga boleh membawa kepada haram berdasarkan hadith yg menjadi mukaddimah post kali ini.
Macamana kita nak tentukan sama ada itu dosa @ pahala?
Berdasarkan Hadith Rasulullah saw:-
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim.)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Mafhum hadith ini : Kebajikan adalah perkara2 yg mententeram kan hati kita, manakala dosa adalah perkara yg kita tidak merasa tenteram dengannya dan tidak mahu diketahui org lain tentangnya.
Bertaubat Jika telah Melakukan dosa
Andai kata kita pernah melakukan dosa, segeralah bertaubat kepada-Nya, takut2 takkan langsung diberikan kesempatan pada masa2 akan datang…
Keampunan ALLAh itu Maha Luas, Janganlah ada sekelumit pun rasa ragu dalam diri kita.Rasululah bersabda:-
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.)
Sekian saja tulisan ana pada post kali ini, Segala nasihat ini tdk lain tdk bukan di khususkan utk diri ana sendiri, yg banyak buat kesilapan, dan amnya kepada shbt2 pembaca sekalian. Yg HAK itu datang dari ALLAH, Janganlah kita menjadi dalam kalangan org yg ragu-ragu…
~wassalam~
^_^
0 comments:
Post a Comment