BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 16, 2009

Rindu~

Assalamualaikum wbt.

Sujud serta syukur hanya se-nya kepada ALLAH , Rabb pentadbir sekalian alam. Selawat serta salam dikalungkan buat junjungan agung, Rasulullah saw.



-hijjaz-

Rindu~ Rindu aku pada bimbingan-MU Ya ALLAH, Rindu aku pada cintamu Rasulullah, Rindu aku pada kasih sayang keluarga, Rindu aku pada teman-teman, Rindu aku pada tanah airku.

Ya ALLAH, Salurkan rindu dan cinta aku dalam acuan yang ENGKAU redhai~

-Tribute to , Mujahid Muda, Akhi AMMAR ZULKIFLI. Pemergianmu tazkirah bagiku. Jasamu dikenang selalu. Semoga dipertemukan di Syurga abadi. Ameen-

Thursday, June 11, 2009

Kau Sahabatku , kau teman sejati



Semoga roh akhi AMMAR ZULKIFLI sentiasa dalam naungan rahmat ALLAH, serta tergolong dalam golongan orang-orng yang soleh....Ameen~

Thursday, June 4, 2009

Tertipu lagi...

Assalamualaikum wbt

Semoga shbt2 sentiasa berada dalam rahmat ALLAH hendaknya.

~3/6/09-.Ana bersama 2 orng sahabat telah pergi ke zoo giza.Rasanya inilah satu-satunya zoo yng ada di Mesir (dalam pengetahuan ana`tak tahu la kalau ada zoo yang lain). Perjalanan yang ibarat 'try an error' sebab kami pergi ke zoo tersebut tanpa tahu di mana letaknya. Map Cairo yang dibeli dgn harga 20 L.E dl kami gunakan sebagai panduan. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Dengan bayaran masuk 1 L.E sahaja, mmg puas hati kami berjalan2 di sana. Kalau hendak dbandingkan dengan zoo Malaysia sememangnye jauh berbeza. Tp dengan bayaran masuk yang murah, ana rasa memang setimpal . dengan perasaan 'expect for the worst' ^_^ kami masuk ke zoo dengan 'selamber'nya.

Cuaca yang panas mmg mengeringkan tekak. Mula-mula kami bergantung pada bekalan air yang dibawa, tapi bila sudah habis terpaksa juga beli air tin di kiosk yg ada. Nah! 4 L.E 1 tin. Terasa tertipu, tp dek tekak yang kering kami 'sapu' juga. Phew! Lega rasanya. Perjalanan kami teruskan dengan langkah bertenaga. Jalan-jalan sampai haus dan penat semula. Rasa seperti nak diteguk saja 'maa'uss sabil' a.k.a air paip yang ada di tepi-tepi lorong zoo. Tp bila difikir-fikirkan, kami lupakan hajat kami tu. Biar penat asal selamat! huhuhuh...^_^

Lepas itu jumpe seorang orang arab, nampak mesra. Tapi rupanya kami ditipu juga. Sabar je... Bagaimana kami ditipu? Itu rahsia kami bertiga. Huhuhu^_^. Tapi bak kata orang,''dalam duka ada bahagia". Kami berpeluang bergambar dengan singa dan chimpanzee yang comel.Hahahaha...


Bila kami rasa sudah banyak ditipu, rasa bosan mula menjalar di minda. Rasa Hayyu Ashir (Rumah kami) lah segala-galanya. Kami bertekad hendak balik. ketika itu, baru sahaja selesai azan asar berkumandang. Kami bergerek ke kedai gambar, untuk mencuci gambar-gambar bersama singa dan chimpanzee tadi.

(mane satu mu nie fathi?!)Hahahah...
Kami keluar dari zoo, naik 'tramco' a.k.a 'van sapu' ke stesyen METRO.Bukan metro Bus, tapi keretapi. Kami naik macam biasa, dan bila sampai di stesyen yang hendak dituju. Salah seorang dari kami tersangkut. tak boleh nak keluar. Pak jaga tempat tiket tu suruh bayar 10 L.E... Dia tuduh kawan ana menipu. Mmg 'baik' pakcik tu. Kawan ana malas nak betah.Bayar saja . Takut benda lain pulak yang jd. Ish! bengang... Ditipu lg...

Masa dalam 'tramco' kedua, dari Ramsis nak ke Hayyu Ashir (lepas kami berjaya keluar dari stesyen METRO), ana preview semula gambar dari kamera ana. Satu-satu ana tatap. Sampai pada satu gambar ini, ana gelak sendiri;

Bukan orang saja yang tipu kami , Pokak pun tipu juga. huHuhuhu...
(nama sebatang pokak yang ana tangkap semasa kami di zoo)

PENGAJARAN:
1-'Mashi' arab ammiyyah kalu tak nak ditipu.
2-Bawaklah senior-senior yang lebih pandai dah fasih berkomunikasi dalam bahasa arab
3-Kalau mak atau ayah kita kata jangan pergi (walaupun kita berjaya pujuk mereka), baik jangan pergi. Percayalah! (Merujuk pada sahabat saya. Fat, Jangan marah^_^)

Tuesday, June 2, 2009

terhantuk~


ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI,
AL-QUR'AN PEDOMAN HIDUP KAMI,
RASULULLAH TELADAN KAMI,
JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI,
MATI DIJALAN ALLAH ADALAH CITA-CITA KAMI TERTINGGI

Assalamualaikum wbt.
Pertama dan selama-lamanya kita rafakkan syukur,sujud dan sembah hanya semata-mata ke hadrat ALLAH swt. Selawat serta salam kepada junjungan mulia, penghulu para nabi, Rasuullah saw~

Terkenang ana pada satu program remaja yg pernah ana sertai, x igt kat mane, cume yg teringat adalah penganjur n serangkap lagu tema program tersebut. Ada version bahasa arab, tp ana x tulis. Terdetik nak tulis post nie setelah 3 post ana biarkan sebagai draft . Xtau nape xnak post, mungkin blum bersedia kut.:)

Lama mencari idea, lepas subuh suatu pagi ana bukak blog sendiri, tgk visitors list, tertengok satu link, blog senior... ana pon tekan la link blog dia. Sbenarnye slalu jgk tgk blog dia , tp jarang baca semua. biasanye baca latest post jer. Tp kali nie ana belek blog dia sampai yg lepas2. Menarik~mmg menarik. Bg ana la. Simple and byk isi. Baca punye baca (xkhusyuk sgt pon, smbil baca paper BH bahagian sukan), terjumpala satu entry nie. Tergerak nak bacer sampai habis. Ada jgk tercatat skit sebanyak ape yg classmates ana yg ada blaja satu universiti ngan senior ana tu di Jordan. Habis baca, mula terfikir. Cuti lps exam dah seminggu berlalu. Aktiviti paling besar (ye ker besar?), pg jalan2 ke Citadel, kata ustaz2 kat sini, Citadel nie Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi (Kubu).

BANYAKKAN TADABBUR AL-QUR'AN


Dalam masa seminggu ni, ana kira2 semula, rasenye 1 hari 1 surah je ana mengulang hafalan Qur'an ana. Org laen smakin kencang menghafal, ana pulak mikin 'slow'. mentang2 la dah habis exam. Kalau masa exam dl bukan main ber'dezup' lg...1 hari 2-3 surah ulang. Ya ALLAH, truknye lah diri nie. Rase bila ulang semula bait nasyid "AL-QUR'AN PEDOMAN HIDUP KAMI", macam menipu diri sendiri pulak.

ALLAH berfirman dalam Al-Qur'an;maksudnya:

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

(Surah Soff:2)

Macamanelah kita nak jadikan Qur'an sbg Dustur (Pedoman) kalau mengulang pon cume 1 surah sehari. Ya ALLAH, permudahkan lah hati hamba-MU utk mentadabbur Qalam-Mu Ya ALLAH.
So, starting from today, perbanyakkan membaca dan mentadabbur AL-Qur'an. Semoga ALLAH akan bimbing kita dan sentiasa menggerakkan hati dan anggota kita utk beribadah kepadanye.

Igatan tulus ikhlas ini ditujukan khas buat empunye diri khususnya, dan shbt2 amnya. Semoga ALLAH sentiasa payungi kita dengan payungan kerahmatan. InsyaALLAH~

Monday, June 1, 2009

KEM KEMBARA MUDA 9


Jom Imarah kan program remaja kali nie!
p/s:ni untuk plajar2 di malaysia shj. Bukan mesir. Ana tolong promote jer.^_^