BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 4, 2009

Tertipu lagi...

Assalamualaikum wbt

Semoga shbt2 sentiasa berada dalam rahmat ALLAH hendaknya.

~3/6/09-.Ana bersama 2 orng sahabat telah pergi ke zoo giza.Rasanya inilah satu-satunya zoo yng ada di Mesir (dalam pengetahuan ana`tak tahu la kalau ada zoo yang lain). Perjalanan yang ibarat 'try an error' sebab kami pergi ke zoo tersebut tanpa tahu di mana letaknya. Map Cairo yang dibeli dgn harga 20 L.E dl kami gunakan sebagai panduan. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Dengan bayaran masuk 1 L.E sahaja, mmg puas hati kami berjalan2 di sana. Kalau hendak dbandingkan dengan zoo Malaysia sememangnye jauh berbeza. Tp dengan bayaran masuk yang murah, ana rasa memang setimpal . dengan perasaan 'expect for the worst' ^_^ kami masuk ke zoo dengan 'selamber'nya.

Cuaca yang panas mmg mengeringkan tekak. Mula-mula kami bergantung pada bekalan air yang dibawa, tapi bila sudah habis terpaksa juga beli air tin di kiosk yg ada. Nah! 4 L.E 1 tin. Terasa tertipu, tp dek tekak yang kering kami 'sapu' juga. Phew! Lega rasanya. Perjalanan kami teruskan dengan langkah bertenaga. Jalan-jalan sampai haus dan penat semula. Rasa seperti nak diteguk saja 'maa'uss sabil' a.k.a air paip yang ada di tepi-tepi lorong zoo. Tp bila difikir-fikirkan, kami lupakan hajat kami tu. Biar penat asal selamat! huhuhuh...^_^

Lepas itu jumpe seorang orang arab, nampak mesra. Tapi rupanya kami ditipu juga. Sabar je... Bagaimana kami ditipu? Itu rahsia kami bertiga. Huhuhu^_^. Tapi bak kata orang,''dalam duka ada bahagia". Kami berpeluang bergambar dengan singa dan chimpanzee yang comel.Hahahaha...


Bila kami rasa sudah banyak ditipu, rasa bosan mula menjalar di minda. Rasa Hayyu Ashir (Rumah kami) lah segala-galanya. Kami bertekad hendak balik. ketika itu, baru sahaja selesai azan asar berkumandang. Kami bergerek ke kedai gambar, untuk mencuci gambar-gambar bersama singa dan chimpanzee tadi.

(mane satu mu nie fathi?!)Hahahah...
Kami keluar dari zoo, naik 'tramco' a.k.a 'van sapu' ke stesyen METRO.Bukan metro Bus, tapi keretapi. Kami naik macam biasa, dan bila sampai di stesyen yang hendak dituju. Salah seorang dari kami tersangkut. tak boleh nak keluar. Pak jaga tempat tiket tu suruh bayar 10 L.E... Dia tuduh kawan ana menipu. Mmg 'baik' pakcik tu. Kawan ana malas nak betah.Bayar saja . Takut benda lain pulak yang jd. Ish! bengang... Ditipu lg...

Masa dalam 'tramco' kedua, dari Ramsis nak ke Hayyu Ashir (lepas kami berjaya keluar dari stesyen METRO), ana preview semula gambar dari kamera ana. Satu-satu ana tatap. Sampai pada satu gambar ini, ana gelak sendiri;

Bukan orang saja yang tipu kami , Pokak pun tipu juga. huHuhuhu...
(nama sebatang pokak yang ana tangkap semasa kami di zoo)

PENGAJARAN:
1-'Mashi' arab ammiyyah kalu tak nak ditipu.
2-Bawaklah senior-senior yang lebih pandai dah fasih berkomunikasi dalam bahasa arab
3-Kalau mak atau ayah kita kata jangan pergi (walaupun kita berjaya pujuk mereka), baik jangan pergi. Percayalah! (Merujuk pada sahabat saya. Fat, Jangan marah^_^)

6 comments:

Sharifah Syahirah TSM said...

haha! topek...
hebatnya dh pegi zoo giza..
ktorg yg dekat ni pun xpegi lagi...

takziah la kene tipu...
ambik sbgai pengajaran ekk..

pesal singa tu cam gagah sgt?
siap boleh amek gmbr lg...

Hamba Ilahi said...

Singa yg gagah ker topek yg gagah.?hahah.
sjer jer pg...penuhkan maser lepas exam nieh...hahah

khadira said...

cm cntek jer name pokok tu..cm kne jer..takziah ye..

ai said...

btol2...xpe chep nanti kite g ea (mayb time thn 6 kot..)

mmg kene b'hati2 bila deal ngan org arab nih..kalo hatga mahal n x ma'uul baik jgn terima n kalo sblm g mane2 tanye ustaz2 yg b'pengalaman ( pasal tambang ke bayaran masuk..etc)

xpe timba pengalaman di bumi mesir

Effy Saiful said...

biasa la tu..jmpe arab yg 'peramah', sbnrnye niatnye lain.. nk jd 'pemandu pelancong' tak bertauliah.. btul tak that what happened? =p

jeles korg bole dpt gambar ngan singa..kitorg dah 2 kali pegi,tak pernah dpt pn.. =)

Hamba Ilahi said...

hahahha..
lepas nie kalu nak g bole la abg effy jd mushrif... kitorang x kene tipu, abg effy dapat gambo ngan singa..ok dok? huhuh ^_^