BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 4, 2009

TravePOST~ Road to Iskandariah

Assalamualaikum wbt.


Sujud serta syukur kita bersama rafakkan kehadrat ALLAH swt. Selawat serta salam keatas Junjungan Mulia, Muhammad saw.



26/6/2009-Bumi Alexenderia, kami(ber-5~Sorang xdapat join), pelajar Sanah Ta'hili, takluki. Menginsafi diri dengan mentadabbur alam ciptaan Ilahi. Bertolak kami dari negeri Qahirah (Cairo) dengan menaiki keretapi dari Ramsis yang sememangnya tak pernah sepi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam (lewat atas sebab2 tertentu). Bertolak pada jam 8.15 malam dan sampai pada jam 12.30 pg. Kami menginap di 'Bait Muhajirin' DPMI, ddengan bantuan Ust Zul, dan Ustz Khadijah. Shukran diucapkan.

Lorong Masuk utk sampai ke 'bait muhajirin'
(Diambil pada waktu pg Sblum subuh~sbb x dapat tidur)


Ni Pengarah Progarm Jaulah ke Alex~dr.Fathi

27/6/2009~Selepas berjemaah menunaikan Solat Subuh, tidur kami semula hingga jam _ _:_ _ pg (waktu dirahsiakan^_^) . Selepas itu kami bersiap utk memulakan pengembaraan. Sarapan disediakan oleh Wan Hilmi dgn Indomie (Mee Goreng) sebagai Menu utama.

Woit! Makan slow2 skit! aper nak jadi x tau....?!

Setelah bersantap, Kami mula bergerak ke destinasi pertama utk hari pertama~ Montazah


Di sekitar Montazah~Posing macam nak buat kulit album jer^_^


Memerhati keindahan lautan luas terbentang sekitar montazah~Praise to ALLAH!


Istana Raja Farouk~terletak di atas bukit berhampiran dengan laut~

Seterusnya, Kami bergerak ke Perpustakaan Alexendria. Tapi bukan dengan tujuan membaca buku^_^. Sekadar menikmati keindahan panorama senibina manusia~ Ilham dari ALLAH.

Dikhabarkan, Perpustakaan ini merupakan yang terbesar sekali di benua Africa~Teringat plak maser ana jd pustakawan mase skolah rendah dulu^_^

Kemudian bertemu kami Saudara Amar~Pelajar Perubatan Alex 1st year. Jadi mushrif kami utk meninjau-ninjau Universti Alex (Kuliyyah Tibb). Dia juga bawa kami melawat kawasan sekitar dan ziarah ke Asrama MARA. Tapi sebelum itu, kami sempat mem'bedal' SEAFOOD kat sebuah restoran. Alhamdulillah.


Makan sepinggan besar makanan laut~Sedap, tp masih lg blum boleh lawan seafood Malaysia^_^

Ptg harinya, Kami berlima mandi di laut, berdekatan dengan rumah kami menginap. Mungkin sebab lama sudah x menikmati kelazatan air laut, kami 'bantai' mandi sampai 2-3 jam. Dari petang sampai ke malam. (Kami niat buat jamak ta'khir~mandi sampai lepas maghrib)

Ni lepas mandi la ni... Berlatarbelakangkan Langit senja nan memukau~Subhanallah!

Selepas selesai mandi, Kami pulang ke rumah dengan pakaian yang basah, serta bertudungkan tuala, dengan 'selamber'nya kami mengorak langkah. Ramai jugak yang pandang kami pelik. Tapi kami buat 'dono' (don't know) je. Sesampainya dirumah, kami bersihkan diri dan tunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah (jama')
Ternyata, kudrat tulang 4 kerat yang kami kerahkan semasa mandi tadi membuahkan hasil. Hasilnya:-


Hasil yg terhasil~Disamping wajah yg terbakar dek matahari~identiti dirahsiakan^_^

28/6/2009~Seperti biasa, kami bangun utk tunaikan solat subuh berjemaah, kemudian tidur semula. Hari ini hari terakhir kami di Alex, jadi kami bangun awal sikit berbanding semalamnya. sarapan kami dimasak secara jama'i. Daging burger, wedges, dan iesh baladi (roti). Beli semua2 ni malam 27 hb. Lepas makn, macam biasa bertolak ke destinasi yg dirancang.

Hari kedua;Destinasi pertama-Qaitbay Citadel


Ni citadel kedua yg ana berpeluang melawatnya~

Lepas itu, kami pergi ke Masjid utk tunaikan solat zohor dan asar (jama')

Jalan, jalam jugak, solat jgn dilupa^_^

Lepas solat, kami pulang ke rumah, kami berehat sekejap. Then kami mula masak sikit2, sebagai bekalan utk perjalanan seterusnya ptg ini. Destinasinya~Pantai lagi la...^_^
Hari ni mandi 3-4 jam. Sbb hari ini hari terakhir, jadi kami gunakan sepenuhnya utk mandi-manda. Cuma hari ini, lebih seronok sbb kami dapan naik 'sampan kayuh' utk pergi jauh dari pantai.

apsal pulak ikan lumba2 hijau ni xnak masuk air nie? Mushkil2...Kuang2~^_^


View pantai yg sgt crouded~


Pertukaran siang dan malam~Bukti keagungan ALLAH, mencipta dan mentadbir sekelian alam.

Selepas masing2 dah xmampu lg nak berenang, kami balik ke rumah. Sesampainya dirumah kami bersihkan diri dan bersiap-siap utk pulang ke Cairo semula. Dengan menaiki 'tremco' dari station Alex, kami selamat tiba di Cairo pada jam2/3 pg (lebih kurang) 29/6/2009.

Pengajaran:~

1-Solat fardhu itu wajib. Tidak ada sebarang alasan utk kita tinggalkannya.Solat itu tiang agama; jika kita tidak mendirikannya' bererti kita meruntuhkan agama~renung2kan

2-Bercuti bersama teman2 sebenarnya mampu mengeratkan lagi ikatan hati sesama kita. Dengan mengenali hati budi masing2, kita dapat meningkatkan lg kesefahaman, dan sifat tolak ansur

3-Berhati-hati dalam berurusan dengan orang asing~takut2 diambil kesempatan atas kita. Bukan bersangka buruk, tapi sekadar precaution.

Sekadar itu sahaja utk post kali ini~Wassalam^_^




5 comments:

Rusydi said...

ade org ckp ko da kawen...yeke???hahaha

Hamba Ilahi said...

Hahaha.
musti budak tu tertipu ngan status ym aku aritu...
hahah dok de nye...
aku masih membujang lg..
^_^ rase ko kot kwen dulu dr aku....

Rusydi said...

haha..aku skrg single available okeyh...kawen jauh skali..x masuk dlm planning...lmbt lagi..ko tu t jgn lupe bg aku rs nasik minyak ko ye...hahaha

afash89 said...

fathi jadi pengarah lawatan...macam x selamat je...hahaha

HiJau said...

"Istana Raja Faisal"

asal x istana raja fathi ker? raja fahmi ker? haha.

"istana raja farouk" <-- sebenar