BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 9, 2009

PerikeBINATANGan~


Kadang2, binatang lebih berperikeMANUSIAan berbanding manusia itu sendiri~

Tgk gelagat si harimau bintang yg rase seba salah sebab bunuh ibu monyet, maser ibu monyet tu tgh susukan anak dia~Selamat Menonton.

Tuesday, August 18, 2009

"Allahumma Ballighna Ramadhan"

Sujud serta syukur kita rafakkan kehadrat ALLAH kerana dengan izin-NYA, kita masih lagi dihidupkan dalam keadaan IMAN dan ISLAM. Selawat serta salam keatas junjungan mulia, Rasulullah saw.





Sekadar itu sahaja utk perkongsian kali ini. Semoga Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik dan bermakna berbanding Ramadhan yang telah lalu~
Wassalam^_^

Tuesday, July 28, 2009

Dari Mesir ke bumi Mersing


Salam alaik. Sujud serta sembah kita rafakkan khadrad ALLAH. Selawat serta salam keatas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Pejam...pejam...celik, rupanya telah habis tiga minggu aku berada dibumi Malaysia. Mendarat di KLIA pada 10/07/2009 haritu setelah beberapa jam 'tersadai' di Dubai. Alhamdulillah.



25-26/07/2009~aku pergi ke sekolah ku di mersing. Berbekalkan secebis semangat nak jumpa adik2 junior n cikgu, akhirnya aku sampai di sekolah dengan menaiki bas 'ting-tong' dari Kluang. Tambangnya ada sedikit peningkatan. Kalau tidak silap, harga asalnya RM5+(Maser aku f5 dl), kini dah jadi RM9.80. Terkejut jugak aku dibuat nya. Dalam bas, ada terserempak dgn senior (kak Rozi) yg kebetulan nak sama2 join program yg diadakan di sekolah.Sampai di sekolah, ada segelintir pelajar yg masih igt akan aku. Dan Alhamdulillah, aku juga igt mereka. Rasa rinduku terubat jua.

PERUBAHAN??

xbanyak sgat perubahan yang ketara. Cume semakin terasa kehilangan guru2 lama, sbb ramai yg berpindah ke tempat lain . Asrama, aku x berkesempatan jumpe warden barunya. Barangkali beliau ada urusan diluar sekolah. EXTIMA, telah pun dibubarkan. Pengawas akan ambil alih semuanya. Dari sekolah hingga asrama. Ketua Pelajar , (Kalau x silap) Amirul namanya. Dia pernah jadi ajk surau semasa aku berada di tingkatan 5. Aku pergi ke dorm lamaku. ING2 namanya. Ternyata, ramai sekali budak baru yg aku kene taaruf. Yg lama di dorm tu cume Zahin, afifi, zul, dan faiz. Yang lain semuanya baru2.

Siapa Yg Aku jumpa??

Ex-students~ abg Hafiz huzazi, zahin, Zul, Hilmi, rahim (ni barisan fasi lelaki yang terlibat + aku)
Junior~Ramai jgk. Sbb aku di sekolah dulu agak rapat ngan bdk2 f1 dan f2 (skarang f4 dan f5). Jadi aku kenal la ramai jgk. Kalu aku sebut, aku rasa x ramai yg kenal. tp aku sebut la jugak. huhu...
F4~Rahman Rumandang, Azri INFO2, Faiz ING2, Solihin MED2, Amirul MED4, dll... (ada yang aku igt muker...tapi luper nama.)
F5~darul ING2,Zahin ING2, afifi ING2, Zahran EDU2, Wan Med4, nasir ING2 dll (ada yang aku igt muker...tapi luper nama.)

Cikgu~ cikgu Maon, Cikgu Rosnah, Cikgu Husni, cikgu safiah, Sr. Sara, Cikgu Junaidah n Ust joha (sbg penceramah Jemputan)

PrOGramM??

Bg aku, Alhamdulillah, semuanya ok. Adik2 pon bg respon yang baik. Program banyak berkisar tentang Halaqah. Selain itu, ada juga riadah. Enjoy jugak, sbb nye maen bola.huhu...( Aku tlebih excited) Then, diikuti dengan ceramah oleh ust Joha, Qiamullail, dan perkongsian pengalaman belajar oleh ex-student pada adik2. nama program utk hari pertama di panggil FEWWIT dan Hari kedua dipanggil WOW. Program kali ini, adalah hasil buah fikiran pelajar SPM07.SYabas n tahniah diucapkan.

Ape komen aku??

No komen~huhu.. Dapat aku perhatikan,Junior kita agak terkejut dgn perpindahan ust joha. Sbb segalanya bergantung pada badan pengawas. Tp, apa yang membanggakan aku, diorang lebih mudah bangkit subuh ( xperlu ada ust laungkan BANGUN!2). Yang bertugas (utk kejutkan) hanyalah pengawas, badar dan sebagainya (MPP). Semasa program Qiamullail~ternyata mereka (junior2) sgt bagus. Sbb mase aku sampai di surau jemaah lelaki dah penuh sampai 2 saff++... Mantop! Segan aku dibuatnya. Ternyata, diorang lebih berdikari~Syabas dan tahniah!

Ape komen Junior??

Diorang kata program nie best. dapat pendedahan dari senior2 tntang pengajian di universiti. Cume rata2 menyatakan harapan supaya pada masa2 akan datang, lebih ramai ex-student dapat melibatkan diri.

Rasanya sekadar itu utk perkongsian kali ini~
~Wassalam~

Saturday, July 18, 2009

SKeMa ke-4





~Sekadar mempromosi program yang pernah ana ikuti. Program ini khusus utk mahasiswa/i di IPT di Malaysia ( Zon Tengah )

Saturday, July 4, 2009

TravePOST~ Road to Iskandariah

Assalamualaikum wbt.


Sujud serta syukur kita bersama rafakkan kehadrat ALLAH swt. Selawat serta salam keatas Junjungan Mulia, Muhammad saw.



26/6/2009-Bumi Alexenderia, kami(ber-5~Sorang xdapat join), pelajar Sanah Ta'hili, takluki. Menginsafi diri dengan mentadabbur alam ciptaan Ilahi. Bertolak kami dari negeri Qahirah (Cairo) dengan menaiki keretapi dari Ramsis yang sememangnya tak pernah sepi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam (lewat atas sebab2 tertentu). Bertolak pada jam 8.15 malam dan sampai pada jam 12.30 pg. Kami menginap di 'Bait Muhajirin' DPMI, ddengan bantuan Ust Zul, dan Ustz Khadijah. Shukran diucapkan.

Lorong Masuk utk sampai ke 'bait muhajirin'
(Diambil pada waktu pg Sblum subuh~sbb x dapat tidur)


Ni Pengarah Progarm Jaulah ke Alex~dr.Fathi

27/6/2009~Selepas berjemaah menunaikan Solat Subuh, tidur kami semula hingga jam _ _:_ _ pg (waktu dirahsiakan^_^) . Selepas itu kami bersiap utk memulakan pengembaraan. Sarapan disediakan oleh Wan Hilmi dgn Indomie (Mee Goreng) sebagai Menu utama.

Woit! Makan slow2 skit! aper nak jadi x tau....?!

Setelah bersantap, Kami mula bergerak ke destinasi pertama utk hari pertama~ Montazah


Di sekitar Montazah~Posing macam nak buat kulit album jer^_^


Memerhati keindahan lautan luas terbentang sekitar montazah~Praise to ALLAH!


Istana Raja Farouk~terletak di atas bukit berhampiran dengan laut~

Seterusnya, Kami bergerak ke Perpustakaan Alexendria. Tapi bukan dengan tujuan membaca buku^_^. Sekadar menikmati keindahan panorama senibina manusia~ Ilham dari ALLAH.

Dikhabarkan, Perpustakaan ini merupakan yang terbesar sekali di benua Africa~Teringat plak maser ana jd pustakawan mase skolah rendah dulu^_^

Kemudian bertemu kami Saudara Amar~Pelajar Perubatan Alex 1st year. Jadi mushrif kami utk meninjau-ninjau Universti Alex (Kuliyyah Tibb). Dia juga bawa kami melawat kawasan sekitar dan ziarah ke Asrama MARA. Tapi sebelum itu, kami sempat mem'bedal' SEAFOOD kat sebuah restoran. Alhamdulillah.


Makan sepinggan besar makanan laut~Sedap, tp masih lg blum boleh lawan seafood Malaysia^_^

Ptg harinya, Kami berlima mandi di laut, berdekatan dengan rumah kami menginap. Mungkin sebab lama sudah x menikmati kelazatan air laut, kami 'bantai' mandi sampai 2-3 jam. Dari petang sampai ke malam. (Kami niat buat jamak ta'khir~mandi sampai lepas maghrib)

Ni lepas mandi la ni... Berlatarbelakangkan Langit senja nan memukau~Subhanallah!

Selepas selesai mandi, Kami pulang ke rumah dengan pakaian yang basah, serta bertudungkan tuala, dengan 'selamber'nya kami mengorak langkah. Ramai jugak yang pandang kami pelik. Tapi kami buat 'dono' (don't know) je. Sesampainya dirumah, kami bersihkan diri dan tunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah (jama')
Ternyata, kudrat tulang 4 kerat yang kami kerahkan semasa mandi tadi membuahkan hasil. Hasilnya:-


Hasil yg terhasil~Disamping wajah yg terbakar dek matahari~identiti dirahsiakan^_^

28/6/2009~Seperti biasa, kami bangun utk tunaikan solat subuh berjemaah, kemudian tidur semula. Hari ini hari terakhir kami di Alex, jadi kami bangun awal sikit berbanding semalamnya. sarapan kami dimasak secara jama'i. Daging burger, wedges, dan iesh baladi (roti). Beli semua2 ni malam 27 hb. Lepas makn, macam biasa bertolak ke destinasi yg dirancang.

Hari kedua;Destinasi pertama-Qaitbay Citadel


Ni citadel kedua yg ana berpeluang melawatnya~

Lepas itu, kami pergi ke Masjid utk tunaikan solat zohor dan asar (jama')

Jalan, jalam jugak, solat jgn dilupa^_^

Lepas solat, kami pulang ke rumah, kami berehat sekejap. Then kami mula masak sikit2, sebagai bekalan utk perjalanan seterusnya ptg ini. Destinasinya~Pantai lagi la...^_^
Hari ni mandi 3-4 jam. Sbb hari ini hari terakhir, jadi kami gunakan sepenuhnya utk mandi-manda. Cuma hari ini, lebih seronok sbb kami dapan naik 'sampan kayuh' utk pergi jauh dari pantai.

apsal pulak ikan lumba2 hijau ni xnak masuk air nie? Mushkil2...Kuang2~^_^


View pantai yg sgt crouded~


Pertukaran siang dan malam~Bukti keagungan ALLAH, mencipta dan mentadbir sekelian alam.

Selepas masing2 dah xmampu lg nak berenang, kami balik ke rumah. Sesampainya dirumah kami bersihkan diri dan bersiap-siap utk pulang ke Cairo semula. Dengan menaiki 'tremco' dari station Alex, kami selamat tiba di Cairo pada jam2/3 pg (lebih kurang) 29/6/2009.

Pengajaran:~

1-Solat fardhu itu wajib. Tidak ada sebarang alasan utk kita tinggalkannya.Solat itu tiang agama; jika kita tidak mendirikannya' bererti kita meruntuhkan agama~renung2kan

2-Bercuti bersama teman2 sebenarnya mampu mengeratkan lagi ikatan hati sesama kita. Dengan mengenali hati budi masing2, kita dapat meningkatkan lg kesefahaman, dan sifat tolak ansur

3-Berhati-hati dalam berurusan dengan orang asing~takut2 diambil kesempatan atas kita. Bukan bersangka buruk, tapi sekadar precaution.

Sekadar itu sahaja utk post kali ini~Wassalam^_^




Tuesday, June 16, 2009

Rindu~

Assalamualaikum wbt.

Sujud serta syukur hanya se-nya kepada ALLAH , Rabb pentadbir sekalian alam. Selawat serta salam dikalungkan buat junjungan agung, Rasulullah saw.



-hijjaz-

Rindu~ Rindu aku pada bimbingan-MU Ya ALLAH, Rindu aku pada cintamu Rasulullah, Rindu aku pada kasih sayang keluarga, Rindu aku pada teman-teman, Rindu aku pada tanah airku.

Ya ALLAH, Salurkan rindu dan cinta aku dalam acuan yang ENGKAU redhai~

-Tribute to , Mujahid Muda, Akhi AMMAR ZULKIFLI. Pemergianmu tazkirah bagiku. Jasamu dikenang selalu. Semoga dipertemukan di Syurga abadi. Ameen-

Thursday, June 11, 2009

Kau Sahabatku , kau teman sejati



Semoga roh akhi AMMAR ZULKIFLI sentiasa dalam naungan rahmat ALLAH, serta tergolong dalam golongan orang-orng yang soleh....Ameen~

Thursday, June 4, 2009

Tertipu lagi...

Assalamualaikum wbt

Semoga shbt2 sentiasa berada dalam rahmat ALLAH hendaknya.

~3/6/09-.Ana bersama 2 orng sahabat telah pergi ke zoo giza.Rasanya inilah satu-satunya zoo yng ada di Mesir (dalam pengetahuan ana`tak tahu la kalau ada zoo yang lain). Perjalanan yang ibarat 'try an error' sebab kami pergi ke zoo tersebut tanpa tahu di mana letaknya. Map Cairo yang dibeli dgn harga 20 L.E dl kami gunakan sebagai panduan. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Dengan bayaran masuk 1 L.E sahaja, mmg puas hati kami berjalan2 di sana. Kalau hendak dbandingkan dengan zoo Malaysia sememangnye jauh berbeza. Tp dengan bayaran masuk yang murah, ana rasa memang setimpal . dengan perasaan 'expect for the worst' ^_^ kami masuk ke zoo dengan 'selamber'nya.

Cuaca yang panas mmg mengeringkan tekak. Mula-mula kami bergantung pada bekalan air yang dibawa, tapi bila sudah habis terpaksa juga beli air tin di kiosk yg ada. Nah! 4 L.E 1 tin. Terasa tertipu, tp dek tekak yang kering kami 'sapu' juga. Phew! Lega rasanya. Perjalanan kami teruskan dengan langkah bertenaga. Jalan-jalan sampai haus dan penat semula. Rasa seperti nak diteguk saja 'maa'uss sabil' a.k.a air paip yang ada di tepi-tepi lorong zoo. Tp bila difikir-fikirkan, kami lupakan hajat kami tu. Biar penat asal selamat! huhuhuh...^_^

Lepas itu jumpe seorang orang arab, nampak mesra. Tapi rupanya kami ditipu juga. Sabar je... Bagaimana kami ditipu? Itu rahsia kami bertiga. Huhuhu^_^. Tapi bak kata orang,''dalam duka ada bahagia". Kami berpeluang bergambar dengan singa dan chimpanzee yang comel.Hahahaha...


Bila kami rasa sudah banyak ditipu, rasa bosan mula menjalar di minda. Rasa Hayyu Ashir (Rumah kami) lah segala-galanya. Kami bertekad hendak balik. ketika itu, baru sahaja selesai azan asar berkumandang. Kami bergerek ke kedai gambar, untuk mencuci gambar-gambar bersama singa dan chimpanzee tadi.

(mane satu mu nie fathi?!)Hahahah...
Kami keluar dari zoo, naik 'tramco' a.k.a 'van sapu' ke stesyen METRO.Bukan metro Bus, tapi keretapi. Kami naik macam biasa, dan bila sampai di stesyen yang hendak dituju. Salah seorang dari kami tersangkut. tak boleh nak keluar. Pak jaga tempat tiket tu suruh bayar 10 L.E... Dia tuduh kawan ana menipu. Mmg 'baik' pakcik tu. Kawan ana malas nak betah.Bayar saja . Takut benda lain pulak yang jd. Ish! bengang... Ditipu lg...

Masa dalam 'tramco' kedua, dari Ramsis nak ke Hayyu Ashir (lepas kami berjaya keluar dari stesyen METRO), ana preview semula gambar dari kamera ana. Satu-satu ana tatap. Sampai pada satu gambar ini, ana gelak sendiri;

Bukan orang saja yang tipu kami , Pokak pun tipu juga. huHuhuhu...
(nama sebatang pokak yang ana tangkap semasa kami di zoo)

PENGAJARAN:
1-'Mashi' arab ammiyyah kalu tak nak ditipu.
2-Bawaklah senior-senior yang lebih pandai dah fasih berkomunikasi dalam bahasa arab
3-Kalau mak atau ayah kita kata jangan pergi (walaupun kita berjaya pujuk mereka), baik jangan pergi. Percayalah! (Merujuk pada sahabat saya. Fat, Jangan marah^_^)

Tuesday, June 2, 2009

terhantuk~


ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI,
AL-QUR'AN PEDOMAN HIDUP KAMI,
RASULULLAH TELADAN KAMI,
JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI,
MATI DIJALAN ALLAH ADALAH CITA-CITA KAMI TERTINGGI

Assalamualaikum wbt.
Pertama dan selama-lamanya kita rafakkan syukur,sujud dan sembah hanya semata-mata ke hadrat ALLAH swt. Selawat serta salam kepada junjungan mulia, penghulu para nabi, Rasuullah saw~

Terkenang ana pada satu program remaja yg pernah ana sertai, x igt kat mane, cume yg teringat adalah penganjur n serangkap lagu tema program tersebut. Ada version bahasa arab, tp ana x tulis. Terdetik nak tulis post nie setelah 3 post ana biarkan sebagai draft . Xtau nape xnak post, mungkin blum bersedia kut.:)

Lama mencari idea, lepas subuh suatu pagi ana bukak blog sendiri, tgk visitors list, tertengok satu link, blog senior... ana pon tekan la link blog dia. Sbenarnye slalu jgk tgk blog dia , tp jarang baca semua. biasanye baca latest post jer. Tp kali nie ana belek blog dia sampai yg lepas2. Menarik~mmg menarik. Bg ana la. Simple and byk isi. Baca punye baca (xkhusyuk sgt pon, smbil baca paper BH bahagian sukan), terjumpala satu entry nie. Tergerak nak bacer sampai habis. Ada jgk tercatat skit sebanyak ape yg classmates ana yg ada blaja satu universiti ngan senior ana tu di Jordan. Habis baca, mula terfikir. Cuti lps exam dah seminggu berlalu. Aktiviti paling besar (ye ker besar?), pg jalan2 ke Citadel, kata ustaz2 kat sini, Citadel nie Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi (Kubu).

BANYAKKAN TADABBUR AL-QUR'AN


Dalam masa seminggu ni, ana kira2 semula, rasenye 1 hari 1 surah je ana mengulang hafalan Qur'an ana. Org laen smakin kencang menghafal, ana pulak mikin 'slow'. mentang2 la dah habis exam. Kalau masa exam dl bukan main ber'dezup' lg...1 hari 2-3 surah ulang. Ya ALLAH, truknye lah diri nie. Rase bila ulang semula bait nasyid "AL-QUR'AN PEDOMAN HIDUP KAMI", macam menipu diri sendiri pulak.

ALLAH berfirman dalam Al-Qur'an;maksudnya:

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

(Surah Soff:2)

Macamanelah kita nak jadikan Qur'an sbg Dustur (Pedoman) kalau mengulang pon cume 1 surah sehari. Ya ALLAH, permudahkan lah hati hamba-MU utk mentadabbur Qalam-Mu Ya ALLAH.
So, starting from today, perbanyakkan membaca dan mentadabbur AL-Qur'an. Semoga ALLAH akan bimbing kita dan sentiasa menggerakkan hati dan anggota kita utk beribadah kepadanye.

Igatan tulus ikhlas ini ditujukan khas buat empunye diri khususnya, dan shbt2 amnya. Semoga ALLAH sentiasa payungi kita dengan payungan kerahmatan. InsyaALLAH~

Monday, June 1, 2009

KEM KEMBARA MUDA 9


Jom Imarah kan program remaja kali nie!
p/s:ni untuk plajar2 di malaysia shj. Bukan mesir. Ana tolong promote jer.^_^

Thursday, May 28, 2009

Bola di Kaki, Bukan di Hati!

Assalamualaikum wbt.
Shbt2 yg dikasihi ALLAH sekalian. Semoga sentiasa dalam payungan rahmatNYA .:)

First of all, Congrats to Barca for winning the UEFA Champions League.Then, to all Man Utd fanz, Jgn lah terasa frust sgt. Adat pertandingan, kalu sorang menang, sorang lg kenela kalah. Hehe:)Malam final tu, ana n beberapa org member bersama dgn ratusan lagi org arab berkumpul di "stadium suuk sayyarat". Mmg terasa la bahangnye. Walaupon malam tu agak sejuk. Terasa macam kat ROME plak.

Tp tula, bola bukan matlamat kita, ia sekadar satu kaedah utk kita menghiburkan diri, n salah satu bentuk riadah. X lebih dari tu. And kita mesti ingat, berhibur xde salah nye selagi kita jaga batasan syarak.

BOLA DI KAKI,BUKAN DI HATI.
Teringat sya kata2 shbt sy mase kami main futsal sama2 kat Stadium blakang ARMA. Lebih kurang camnie bunyinye:-

Jika kita lihat dalam satu pemainan bola sepak striker yg biasa akan sentiasa mengejar bola. Namun, striker yg biasa tu x mungkin memegang nya kerana ia merupakan 1 kesalahan.tetapi striker yg memiliki kemahiran yg tinggi serta selalu berusaha meningkatkat kemahiran mengawal bola, dia pasti akan dapat mengawal serta menguasainya bola tersebut dengan baik seterusnya membolehkan dia menyumbat gol.
Jika kita nisbahkan permainan bola sepak itu sebagai kehidupan, bola sebagai dunia, striker sebagai diri kita (manusia) , dapat kita lihat bahawa manusia biasa akan sentiasa mengejar dunia tp dia xkan puas dengan nya kerana mmg fitrah dunia lagi kita kejar lagi tnggi lah rasa tamak kita kepadanya. Jadi kita akan sentiasa mengejarnya. Tapi bagi seorg manusia yg cemerlang imannya serta sentiasa berusaha utk memperbaiki kelemahan iman yg ada pada dirinya, walau dia x dapat menggengam dunia sekalipun, dia masih mampu mengawalnya dan dan menjadikan dunia ini sebagai satu wasilah (jalan) utuk dia mencapai kebahagiaan diakhirat yg menjadi matlamat (goal) bg dirinya.

Selain tu jgk, kiter boleh sbenarnye nak menggunakan bola sepak/futsal sbg jalan sampingan utk rapatkan ukhwah. Main jgn Ganas2 macam Ronaldo malam final tu.Huhu. RElaks n cool jer.

Maser Main futsal bersama2 kawan2 Malaysia,kemboja, acheh dan Indonesia. Mmg BEST!

Hmm.... Tu saje lah Untuk coretan kali nie.Yang HAK itu datangnya dari ALLAH, Jgnlah kita termasuk dalam kalangan org yaang ragu2.

Wassalam^_^

Tuesday, May 5, 2009

Renungan Bersama

Assalamualaikum w.b.t

Sujud serta syukur kita rafakkan pada ALLAH Subhanahu Wata'ala, Atas limpah nikmat serta maghfirah-Nya. Dapat lagi menikmati nikmat IMAN serta ISLAM yg suci ini

Selawat serta salam kita tujukan khas buat Junjungan Mulia, Rasulullah s.a.w.

ALLAH Berfirman dalam Surah AL-Baqarah : 120


Allah telah pun mengingat kan kpd kita sbg muslim tntang bagaimana mauqif (pendirian) org2 yahudi dan nasrani mengenai org2 islam bahawa mereka tidak sesekali akan meredhai kita selagi mana kita tidak ikut jalan mereka.

Beberapa hari yg lepas, sy ada membaca akhbar dalam bahagian dunia yg menggerakkan ana utk menulis post ini.Tatkala smpai di satu perenggan, tergaman sy baca pernggan tersebut."YA ALLAH, berlagaknye la org ni" . Lebih kurang macam tu la sy kata.

ini petikan akhbar yg ana baca bawah tajuk ARAK dan PELACURAN BERLELUASA DI IRAQ Keluaran 3/5/2009-Berita Harian

Inilah natijah yg sebenarnya cuba di ketengahkan oleh org2 yahudi dan nasrani dalam usaha mereka utk menghancurkan islam. JIka dulu semasa zaman pemerintahan SADDAM, semua gejala ini telah di padamkan dari iraq. Namun, setelah berlakunya peperangan yg di ketuai oleh Amerika dan sekutunya ini. Segalanya berubah. Dah ini lah sebenarnya tujuan sebenar kemaraan tentera kuffar di iraq. Dan ketika ini, org2 yahudi dan nasrani akan ketawa melihat sebahagian dari umat islam bangga membuat dosa. Nau'zubillah...

tidak mustahil selepas nie tragedi di Bosnia berulang lg. Tatkala org2 islam leka serta bergelumang dengan dosa, org2 yahudi serta nasrani akan trus bergerak memburu cita2 mereka utk menghapuskan terus umat islam dari muka bumi ini. Semoga ALLAH sentiasa lindungi iman kita dari turut terjerumus dalam kancah kehinaan ini. Semoga kita dapat sama2 menginsafi serta berusaha memperbaiki diri kita.

Wallahu'alam

Saturday, May 2, 2009

Imtihan Dan Study


Salam alaik.Utk post ana kali ini mmg lah sgt2 berbentuk personal.

Exam semakin hampir, kalu x silap, dr tarikh hari post nie, cume tinggal 14 hari je lagi utk exam. Perasaan sekarang nie mmg agak 'kacau'....Rase macam x sabar nak habiskan exam, tp takut jgk sbb exam dah makin dekat. Usaha masih lg 'in progress'...Huhuhu... mmg ini la jawapan yng ana akn bgtau bila ada ikhwah2 lain tanye tntg study utk exam... Rase cam byk lg nak dibaca, tp kdg2 xtau nak kata bila akan khatam... Mujur la ada shbt2 seperjuangan ana yg bersemangat nak tlg permudahkan study dgn buat sikit sebanyak note2 yg insyaALLAH dapat bantu...
Utk pengetahuan sahabat2 yg tak tahu, ana skrg nie masih lg blum memulakan kuliah perubatan...tahun ini ana blaja subjek2 agama serta bahasa... subjek nyer boleh tahan banyak...10...n ana akan periksa 'straight' 10 subjek dgn hanya satu hari cuti...huhuhu...agak gerun kan..? Tp xpelah... Setiap yg berlaku itu ada la hikmahnye yg masih belum tersingkap...
Akhir kalam...salam perjuangan buat teman-teman kuliah-FATHI-NAUFAL-AMY-FAHMI-FAIZ-...SEmoga kita mumtaz semuanya....Ameeen... (''')-_-(''')

Friday, April 24, 2009

Daylight Saving Time



██ DST used

██ DST no longer used

██ DST never used


Daylight saving time (DST; also summer time in British English—see Terminology) is the convention of advancing clocks so that afternoons have more daylight and mornings have less. Typically clocks are adjusted forward one hour near the start of spring and are adjusted backward in autumn. Modern DST was first proposed in 1895 by George Vernon Hudson, a New Zealand entomologist. Many countries have used it since then; details vary by location and change occasionally.

The practice is controversial.Adding daylight to afternoons benefits retailing, sports, and other activities that exploit sunlight after working hours, but causes problems for farming, evening entertainment and other occupations tied to the sun. Traffic fatalities are reduced when there is extra afternoon daylight. its effect on health and crime is less clear. Although an early goal of DST was to reduce evening usage of incandescent lighting, formerly a primary use of electricity, modern heating and cooling usage patterns differ greatly, and research about how DST currently affects energy use is limited and often contradictory.

DST's occasional clock shifts present other challenges. They complicate timekeeping, and can disrupt meetings, travel, billing, recordkeeping, medical devices, heavy equipment, and sleep patterns. Many computer-based systems can adjust their clocks automatically, but this can be limited and error-prone, particularly when DST rules change.

Source : Wikipedia

p/s:


Entomology (from Greek ἔντομος, entomos, "that which is cut in pieces or engraved/segmented", hence "insect"; and -λογία, -logia[1]) is the scientific study of insects, a branch of arthropodology.


~Pada 24 April 2009, Egypt telah pun bertukar kepada DAYLIGHT SAVING utk tahun 2009. Kalau menurut kata senior2 (bukan Suniyo-doremon), siang akan menjadi lebih panjang berbanding malam. Bagi diri ana, fenomena ini sebenarnya menimbulkan sedikit kekeliruan kerana jam pada handphone awal sejam berbanding jam tgn dgn x semena2nya (Handphone ana time-Autoupdate). Tapi setalah beberapa ketika semuanya kembali okay. Waktu solat bagi setiap waktu juga menjadi lewat satu jam. Cth Subuh : Asal: 3.45 am ; Baru:4.45 am.

Memandangkan siang lebih panjang berbanding malam, terutamanya di dalam fatrah (musim) imtihan nie, masa belajar kita sepatutnya lebih panjang berbanding masa berehat. Jadi, Bertindaklah secepat mungkin. Jadikan ulangkaji kita sbg satu bentuk ibadah kepada ALLAH. Tanam azam utk hadiahkan keterbilangan kita kpd ibu dan ayah. Istiqamah dalam bertawakal. Semoga ALLAH kurniakan kita yang terbaik. BITTAUFIQ WANNAJH~


Wassalam ^_^

Tuesday, March 24, 2009

Istirahah...


Salam alaikum. InsyaALLAH dalam masa beberapa bulan terdekat ini blog ini akan tawakkuf (Berhenti Sementara) kerana blogger sdg mempersiapkan diri utk menghadapi Imtihan Sanah Ta'hili.


Ud'uuni taufeeq wannajah fil imtihan...


Jazakallah^_^

Thursday, March 19, 2009

Teguran Buat Diri




2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!


(Surah Soff : 2)



Ingatan Ini Buat diri ana khususnya dan sahabat2 sekalian umumnya. Seperti yang ternukil, ALLAH ada berfirman dalam Al-Quran mengingatkan kita agar melakukan apa yang kita katakan. Harapnya kita bukan sekadar meluahkan buah fikiran kita melalui penulisan, tapi juga mengamalkannya.



-Pesanan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna-
“Medan bercakap tidak sama dengan medan berangan-angan. Medan bekerja tidak sama dengan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan bekerja. Dan medan berjihad yang sebenarnya tidak sama dengan jihad yang salah.”




Wassalam^_^

Thursday, March 5, 2009

Selamat Hari lahir Ibu...




Tertanam,
Naluri keibuan,
Amat mendalam,
Di jiwa insan,
Yang mandambakan kebahagiaan…

Oh Ibu,
Di bahumu tergalas beban,
Perjalananmu penuh rintangan,
Ku pastikan dikau aman,
Dikurnia sejahtera,
Tak ku lupakan.

Di saat kita berjauhan,
Rasa ingin ku berlari,
Mendakapimu penuh girang,
Bak si kecil kehilangan,
Kau insan pengasih,
Betapaku merindu,
Lembutnya belaian ibu,
Membuatku terlena.

Tiada aku tanpa ibu,
Hanya kau satu di dunia,
Bertakhta dikau di jiwaku,
Kaulah ibu yang tercinta,
Kau insan penyayang,
Betapaku mengharap,
Hadirnya restumu ibu,
Membawaku ke Syurga.

Bersemi,
Belaian kasih sayang,
Yang berpanjangan,
Di jiwa insan,
Yang mendoakan kebahagiaan,
Anak-anak mu,
Oh Ibu…

Selamat Hari lahir , IBU…
Semoga sentiasa dalam naungan Rahmat-NYA…

Saturday, February 28, 2009

Rabi'ul Awal- Menyusuri Sirah Rasulullah


Rabi'ul Awal menjelang lagi. Ingin sekali ana jemput shbt2 sekalian utk kita sama2 manyusuri sirah junjungan kita, dalam rangka untuk menyuburkan lagi rasa cinta kita pada baginda Rasulullah. Kalau kita sedari ada sesetengah pihak kuffar yg sengaja menggunakan kesempatan bulan ini untuk memburukkan nama Baginda. Oleh yang demikian , menjadi tanggungjawab kita utk menepis dakyah2 ini denagn memperkemaskan lagi kefahaman dan penghayatan kita tentang sirah perjuangan Baginda dalam menyebarkan ajaran islam yg syumul ini. Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan dari ALLAH.


Nasihat ini ana tujukan khusus buat diri ana, dan umumnya kepada sahabat2 sekalian.


Jazakallah^_^

Wednesday, February 25, 2009

Khilafah


Salam alaikum. Post ana kali ini tidaklah begitu panjang. Tapi ianya suatu perkara yang teramat penting. Alhamdulillah, Sujud dan syukur ana rafakkan kehadrat ALLAH s.b.t, kerana dengan izin-NYA, kesedaran mengenai kepentingan khilafah islam semakin membara dijiwa umat muslimin seantero dunia amnya, dan di Malaysia khususnya. Berbagai-bagai method digunakan oleh jemaah2 islam yg wujud. Dan semuanya Alhamdulillah berlandaskan al-Quran dan As-sunnah, serta berkongsi matlamat yang sama yakni menegakkan daulah islamiah di muka bumi ALLAH ini. Semoga kita semua dipertemukan di satu titik persamaan dalam perjuangan yang suci ini. Kepada kawan2 yang berhajat pada islam, dan berhajat pada tertegaknya daulah islamiah, Join lah mana2 jemaah yang berlandaskan syarak serta menitik beratkan soal tarbiyyah dan dakwah. Andai kata kita pergerak secara berjemaah, insyaALLAH segala usaha kita akan menjadi lebih sistematik.


"Tarbiyyah bukanlah segala-galanya, tetapi dengan tarbiyyahlah bermula segala-galanya"

~Sheikh Mustafa Masyhur~

Jazakallah.
Wassalam.^_^

Thursday, February 19, 2009

Jaulah Sinai...

Ni plak dimaklumkan oleh sorg ustaz sbg lembu samiri....
mgkin salutan emasnye telang hilang...
Salah satu bukti bahawa Al-Quran itu Kalamullah...

Subhanallah.... Indahnya ciptaan ALLAH nie.....
Scene mase kt puncak... time sunrise...

Ni dah smpai puncak Jabal musa... Alhamdulillah dapat sampai pada pukul 3.44 pg...
Dapat tgk tempat yang dimaklumkan kpd kami sbg tempat nabi Musa bermunajat...

Ni maser on the way nak ke puncak...huhuhu...
muke penat n seronok...



Gambar2 nie je la kut yg ana bleh kongsikan dl utk kita sama2 mentadabbur alam ciptaan ALLAH nie...
Mentaaruf diri, Mentadabbur alam, Mengenal Pencipta...
AllahuAkbar!!

Monday, February 16, 2009

Kelahiran bayi di Gaza meningkat berganda.

Jumaat , 13/02/2009 - Hospital-hospita, di Gaza kini di penuhi oleh wanita-wanita yang melahirkan anak. Peningkatan jumlah kelahiran baru meningkat sebanyak 2 kali ganda mengatasi mereka yang terbunuh(baca:syahid) akibat serangan ZIonis-Israel. Ia seakan satu signal Allah menggantikan mereka yang syahid.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Hamam Nisman. Statistik menunjuk kelahiran di bulan Januari adalah yang tertinggi. Dalam pada itu, seorang profesor geografi dan demografi di Universiti al Aqsa menyebutkan peningkatan jumlah kelahiran ini merupakan satu ancaman kepada Zionis Israel. Ini kerana rakyat Palestin akan sentiasa menjadi rintangan kepada Zionis Israel. Akibat peningkatan ini, jurang perbezaan jumlah penduduk Gaza dengan Tebing Barat menjadi semakin kecil.

sumber : COMES
Sumber 2: http://palestinkini.info

ALLAH berfirman dalam Al-Quran, Mafhumnya:
"Mereka membuat tipu daya, ALLAH juga Membuat tipu daya,
Sesungguhnya ALLAH lah sebaik-baik pempuat tipu daya."

shbt2 sekelian, skarang nie Gaza masih lagi diserang...
Jadi jangan berhenti memberi sokongan kepada Palestin...
Hadiahkan mereka denagn kalungan doa kita...

Thursday, January 29, 2009

Timer kasih cikgu...

Guruku,
Kau penyuluh hidupku,
Menerangi alam ini,
Kau ku anggapkan sebagai ibu bapaku.

Wahai guruku,
Kau ibarat sebatang lilin,
Menerangi alam kegelapan,
Kau sanggup membakar dirimu wahai guruku,
Kau insan yang mulia,
Mendidik dan membimbing daku,
Kaulah insan yg ku sanjungi.

Guruku,
Segala baktimu,
Akan ku balas dengan kejayaanku,
Kan ku buktikan kepadamu,
Wahai guruku.

InsyaALLAH.


tergerak hati nie nak mengucapkan ribuan, jutaan terima kasih kepada pendidik2 yg pernah mendidik diri sy yg lemah ini....
khususnye kpd ayah n ibu sy yg tak pernah putus asa mendidik sy sehigga saat nie....
Cikgu2 kat tadika ubudiyyah klang, tadika abim al-firdaus klang, sek. ren. ibn khaldun,
sek. keb.seri maimon,SMK jalan kolam air (dah tukar nama rasenye),
SBP integrasi mersing a.k.a SMS Sultan iskandar and lacturer2 Matrix uia pj...
Semoga kalian dirahmati ALLAH selalu...

Lagu nie specially 4 Cikgu Maon, ust joha, Cikgu safiah, Cikgu ahmadi, ust idham, ustzh rashidah, n cikug2 yg pernah mengajar sy di sbpim (huhu... xmampu nak tulis sumer^_^)

and Cikgu Rahaton(SAINS), cikgu halimah(Math).... n cikgu2 len di SMK jln KOLam Air....

P/S:Kalau sesape perasan, sbenarnye lirik nie pnah ditulis di pemplet maJlis sambutan Hari GUru kt SBPIM bg tahun 2005... xpon 2006... Sebabnye... sy la yg buat pemplet tuh...huhuhu...

Kpd kwan2...syangilah ibu bapa dan cikgu anda setiap hari....^_^




Sunday, January 25, 2009

Pelihara dan berbaiki hati kita...dan Ajaklah org lain melakukan kebaikan...

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.”

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


Peranan hati teramat penting dalam mencorak keperibadian kita sebagai seorang muslim dan muslimah sejati. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Hati yg bersih dapat memastikan tindakan muslim/muslimah itu tidak bertentangan dgn kehendak ALLAH. Niat yg suci iaitu melakukan segala aktiviti dgn tujuan mendapat keredhaan Allah, bermula dengan hati yang bersih. Akhlak dan keperibadian seseorang muslim yg selari dgn tuntutan syarak juga biasan kepada hati yg bersih.

Mgkin ada di antara yg pernah mendengar lirik nasyid dari kumpulan Hijjaz dalam salah satu lagunya:-

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau HATI itu BERSIH.

Macamana nak pelihara hati?

Yang pastinya, kita perlulah sentiasa memenuhi tanggungjawab fardhu kita, Memelihara syahadah kita (Jauhi Syirik!),Solat fardhu kita, Puasa kita, Zakat kita, Ibadah haji kita (bagi yang berkemampuan).

Seterusnya, perbanyakkanlah amalan sunat, kerana Allah amat menyintai orang yg sentiasa memperbanyakkan amalan sunatnya.Dan apabila Allah menyintai seseorang hamba-Nya itu, segala tindakannay akan sentiasa selari dgn kehendak Allah. Rasulullah pernah bersabda:-

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dansekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.

(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.)

Jauhi perkara perkara-perkara yang haram, kerana hati yg gelap tidak akn disinggahi cahaya hidayah. Jangan kita lupa, setiap perkara/tindakan yg membawa kpd yg haram, adalah haram hukumnya.
Jauhi juga perkara2 yg shubhah, kerana, perkara yng shubhah juga boleh membawa kepada haram berdasarkan hadith yg menjadi mukaddimah post kali ini.

Macamana kita nak tentukan sama ada itu dosa @ pahala?

Berdasarkan Hadith Rasulullah saw:-

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim.)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Mafhum hadith ini : Kebajikan adalah perkara2 yg mententeram kan hati kita, manakala dosa adalah perkara yg kita tidak merasa tenteram dengannya dan tidak mahu diketahui org lain tentangnya.

Bertaubat Jika telah Melakukan dosa

Andai kata kita pernah melakukan dosa, segeralah bertaubat kepada-Nya, takut2 takkan langsung diberikan kesempatan pada masa2 akan datang…

Keampunan ALLAh itu Maha Luas, Janganlah ada sekelumit pun rasa ragu dalam diri kita.Rasululah bersabda:-

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.)

Sekian saja tulisan ana pada post kali ini, Segala nasihat ini tdk lain tdk bukan di khususkan utk diri ana sendiri, yg banyak buat kesilapan, dan amnya kepada shbt2 pembaca sekalian. Yg HAK itu datang dari ALLAH, Janganlah kita menjadi dalam kalangan org yg ragu-ragu…

~wassalam~
^_^

Friday, January 23, 2009

SYABAB...



PEMUDA DAN REMAJA ISLAM

Pemuda @ remaja adalah tunjang bg sesebuah institusi kemasyarakatan... jika kita nak lihat bagaimanakah corak pemerintahan akan datang, kita boleh lihat bagaimana pemuda2nya sekarang, kalau elok, elok lah jadinya InsyaALLAH, kalau tak buruklah jadinye....Na'uzubillah...

Untuk post kali nie, sy tergerak nak cerita pasal pemuda a.k.a syabab muslim, dalam proses mengingatkan diri sy yg juga seorang 'teen'ager muslim khususnya,dan sahabat2 seagama sy sy yg lebih kurang sebaya sy am nye...

kerap jgk sy membayangkan, masa kita dah tua nanti, andai kata masa muda kita tak kita gunakan dgn sebaiknye, utk menyumbang kearah pembangunan ummah, mesti kita menyesal x sudah, ye la xde aper yg special yang boleh kita ceritakan pada cucu2 kita yg bleh diambil sbg pengajaran...Bukan nak berbangga, cumenya, sbg satu dorongan and suri tauladan bg generasi pewaris kite...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati.dan masa kosong kamu sebelum sibuk.”



Petikan dibawah diambil dari buku Generasi Pemuda dan Perubahan
Karya F.Y


Kenapa Pemuda Islam?


Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang
menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi
sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya
generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu
berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu
hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu
kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan
memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat
manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi
pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim,
Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.



Skarang nie, kalu kita nak citer pasal gejala sosial, semestinya kita sbg remaja dan pemuda lah paling sinonim...Zina, clubbing, rempit, penagihan dadah,couple and macam2 lagi... sumernye dah mula meresap dalam kalangan remaja and pemuda yg berstatus islam ... pemuda islam semakin mudah tertipu dgn hedonisma yg menggila nie...sekali kita terjebak dalam dakyah jahiliyyah nie, susah kita nak keluar....Apatah lg jika kita sbg seorang pelajar, xkesah la dalam bidang ape pon, kalau hati kita dah dibaluti dosa,dan kita pulak xde usaha utk mensucikan diri dari dosa2 tu, ktahuilah kite, sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya xkan datang pada org2 yg fasik (org yg suka buat dosa)..

Tetapi,Tidak mustahil utk kita berubah...sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia...JGN kita ragu2 walau sebesar zarah pun tntang sifat MAHA PENGAMPUN ALLAH...yg penting mestilah ada keazaman utk kita tinggalkan perkara2 negatif tu...Dampingi sahabat2 yg dapat ingatkan kita tentang tujuan kita dihidupkan...(ingatan buat yg menulis), menghambakan diri kita kpd ALLAH...Igt, bila bergelumang dgn dosa, zahir kita mungkin rasa seronok, tp roh kita cukup terseksa...sebabnye,kta dah menyalahi fitrah kejadian kita sebagai seorang khalifah di bumi yg sementara nie...
Hidayah ALLAH itu xdtg selalu, kalu ia dah menyingkap jendela hati kita, cepat ajak masuk...takut ALLAh cume bg peluang kat kite skali je...Kalu kta x cepat2 raikan ia, khutair kita akan sesat selama2nye... Sama2 kita bdoa agar ALLAH beri peluang utk kita sama2 merasai nikmat hidayah-NYA. InsyaALLAH...^_^ Tringat sy kat serangkap lirik Nasyid (dari kumpulan mane sy xigt) yg mungkin dapat sama2 kita hayati...

Hidayah ALLAH adakah terasa?,
Kalau masih belum,carilah segera,
Ia ada di mana-mana,
Cuma kita yang sengaja menolaknya.


Akhir kalam, semua yang benar itu datang dari ALLAH, dan yg salah itu datang dari kelemahan diri penulis ini sendiri. Walau bagaimanapun, hakikatnya, dua2nya dari ALLAH RABB AL-JALIL... Sy memohon jutaan kemaafan andai kata ada dalam penulisan sy ini ada menyinggung perasaan mane2 pihak...Salam perjuangan....Barakallahu fikum...^_^

Thursday, January 22, 2009



Philip Morris - syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia
January 21, 2009
Philip Morris, baru bertukar nama menjadi Altria Group pada 2003. Altria bererti ‘tinggi’ yang maksudnya berasal dari bahasa Latin. Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.
Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Pada akhir tahun kewangan 2007, ia mencatatkan pendapatan sebanyak US$8.9 bilion dengan mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia. Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 peratus dalam tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007.
Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Yahudi dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?
Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.
Dr Wu Tao-Wei dalam artikel ‘Why the Jews Hate ‘Fa Lun Gong’ berkata, sama ada terdapat gula di dalam diet, tembakau, barah, dadah atau ribuan bahan-bahan asing lain yang memudaratkan manusia, jika ia memberi faedah kepada Yahudi, mereka akan mempromosinya dengan bersungguh-sungguh.
Yahudi sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan manusia. Melalui tembakau dan rokok, hampir 23 peratus kematian di Republik Chech adalah akibat tabiat merokok.
Bagaimana pengaruh rokok berkembang di seluruh dunia?
Sejak 1847 hingga 2008, Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris International (PMI). Bermula di Australia pada 1954, jualan rokok terus meningkat dan pada 1973, pengeluaran rokok mencecah 124 bilion batang.
Kilang terbesar Philip Morris di luar AS ialah di Bergen op Zoom, Belanda yang dibuka pada 1980. Kejayaan kilang ini ialah menyumbang sebanyak US$1 bilion iaitu kali pertama Philip Morris mendapat jumlah berkenaan sejak penubuhannya.
Dua tahun kemudian, volum rokok mencecah 400 bilion, menyebabkan operasi PMI perlu dikembangkan selari dengan pertambahan permintaan. Syarikat itu membelanjakan lebih US$3 bilion untuk kempen pengiklanan pada 1996, menjadikannya pengiklan kesembilan terbesar di dunia.
Kesan daripada kempen merokok, 67 peratus lelaki di kawasan bandar di Kemboja menjadi perokok manakala di luar bandar, ia mencecah 86 peratus. Di China, 3,000 orang mati setiap hari kerana merokok. Kajian di Filipina pula mencatatkan 99.8 peratus iklan tembakau menjadi permulaan kepada tabiat merokok khususnya kepada 60 peratus lelaki yang merokok.
Korea Selatan adalah pasaran kelapan terbesar bagi rokok dunia di mana jumlah rokok yang dikeluarkan setahun dianggarkan 100 bilion. Kawasan yang menjadi pasaran besar kepada rokok ialah Pasifik Barat di mana dua per tiga lelaki terlibat dengan tabiat merokok.
Selain Philip Morris, Kementerian Kewangan Jepun turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Japan Tobacco iaitu salah satu syarikat pengeluar rokok utama dunia.
Oleh kerana pasaran rokok yang sangat besar, PMI melangkah jauh dengan membuka kilang pengeluaran rokok pertama di Asia pada 1995 dengan mendirikan kilang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lapan tahun kemudian, Filipina menggantikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran rokok utama Asia dengan lonjakan pendapatan sebanyak US$5.7 bilion iaitu pertambahan seratus kali ganda sejak 1970.
Selepas Malaysia dan Filipina, PMI melebarkan bisnes ke Indonesia dengan menguasai 95 peratus saham dalam PT HM Sampoerna pada harga US$4.8 bilion.
Menguasai bisnes rokok di lima benua, Philip Morris mewarisi pendapatan US$38.05 bilion (2007) melalui penjualan 26 jenama rokok termasuk Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna di samping menjadi penyeludup rokok haram paling besar. Di Itali, media negara itu mendedahkan peranan Philip Morris sebagai pedagang marijuana terbesar di dunia.
Apakah kaitan Philip Morris, Yahudi, rokok dan memusnahkan masyarakat dunia?
Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.
Pengasas Philip Morris adalah seorang Yahudi. Ia memberi sumbangan besar kepada Yahudi dan Israel. Di samping membantu rumah-rumah ibadat (synagogues) Yahudi, Philip Morris juga meningkatkan pengaruh mereka ke atas ahli politik dan kerajaan di negara-negara membangun dan dunia ketiga.
Di Amerika Syarikat, sumbangan kewangan terbesar kepada calon-calon politik dalam pemilihan 1995-96 adalah dari syarikat tembakau dengan jumlah US$4.2 bilion.
Di Kenya, Philip Morris menaja persembahan Third East African Jua Kali/Nguru Kazi Craft Exhibition 2001 atas nama memelihara warisan kebudayaan negara. Di Thailand, mereka menaungi ‘8th Art Competition 2001’ untuk memilih wakil Thailand bagi Asian Art Competition 2001 yang berlangsung di Bali, Indonesia.
Kempen secara sembunyi turut dilakukan di Turki. Philip Morris telah membelanjakan wang bagi membaik pulih Parlimen Turki yang dibuka semula oleh Menteri Kebudayaan pada 2001 di sebalik bantahan orang ramai. Di negara itu juga mereka membantu usaha menyelamat bandar purba ‘Zeugma’ dari ditenggelami air empangan.
Di sebalik tangan-tangan Yahudi yang tersembunyi di sebalik tabir bisnes rokok, Philip Morris menaja komuniti Yahudi di Amerika Syarikat seperti bantuan penajaan bagi Jewish Community Council of Greater Coney Island dan program pengajian Yahudi di Arizona State University.
Mereka juga menaja penyelidikan mengenai kesan-kesan genetik, persekitaran dan ciri-ciri psikologikal tabiat merokok ke atas wanita Israel. Sebanyak US$250,000 dilaburkan oleh Philip Morris USA dan Philip Morris International kepada lima pasukan penyelidik di Hadassah-University Hospital.
Philip Morris dan Atria Group menjadi syarikat rokok terbesar di dunia, mengatasi British American Tobacco dan Japan Tobacco. Penguasaan Yahudi melalui bisnes tembakau dan rokok dieksploitasi sepenuhnya oleh Philip Morris. Mereka melancarkan rokok jenama khas di Israel iaitu Maori Mix, memindahkan pekerja-pekerja Yahudi dari New York ke Richmond kerana pemikiran, sikap dan perlakuan Yahudi lebih terjamin di bandar itu di samping enam buah synagogue sedia ada. Rabbi Yahudi juga sedia melawat dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja Yahudi di syarikat itu.
Inilah sikap Yahudi. Ketika orang lain menderita, mereka tetap menjaga sebaik-baiknya Yahudi yang bekerja di situ.
Philip Morris tidak kisah dengan 400,000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat. Ia adalah syarikat Yahudi dan masih wujud sehingga kini. Diberi bantuan yang sangat besar oleh pelobi dan penyokong Yahudi di Kongres. Mereka tahu produk mereka adalah pembunuh tetapi masih mengisytiharkannya sebagai memberi keuntungan kepada ekonomi. Itulah Yahudi, syarikat rokok Yahudi yang sangat berkuasa.
Sumber: Laman web Rasmi Haluan Palestin
Rujukanalbawa.com/theexpert/Philip Morris-The Jewish Leader in the Cigarette Businesswikipedia.org/wiki/Altria_Groupwikipedia.org/wiki/Philip_Morris_International